Tuesday, January 1, 2008

Lebih alasan untuk anda tidur cukup



Ramai orang tidur lewat. Main permainan video dan lepak sehingga larut malam sudah menjadi perkara biasa(and of course i'm speaking for myself too). Mungkin kita semua fikir tidur adalah perkara remeh.

Disini juga saya akan menyenaraikan kebaikan mendapat tidur yang cukup:

1)Ia membuatkan anda lebih kurus! yes kajian menunjukkan orang yang tidur 5jam sehari mempunyai lebih banyak hormon ghrelin(hormon ini mendorong rasa lapar) berbanding orang yang tidur 8 jam sehari.

2)Ia membantu mencegah selsema. Tidur yang cukup menguatkan sistem imunisasi. Sekarang kamu semua sudah tentu tahu kenapa saya asyik selsema haha.

3)Kehidupan para remaja lebih teratur dgn tidur yang cukup. Depresi dan keyakinan diri lemah boleh dikaitkan dengan tidur yang kurang. Juga peluang remaja untuk mendekatkan diri dengan penyalahgunaan dadah dapat dikurangkan.

Ya saya mensasarkan 7 jam sehari untuk kegunaan tidur dan itu adalah azam tahun baru saya hehe. Akhir sekali,






Sayangilah hidup anda.
Give sleep a chance...

No comments: