Tuesday, January 15, 2008

nice try

Tadi I berjalan-jalan di kuching. Hendak dipendekkan cerita ada seorang mendekati I dan memberi sebuah booklet sambil berkata "Read this with open mind okay" sambil tersenyum ikhlas.. Oleh sebab dia tampak bersungguh-sungguh maka I pun mengambil booklet tersebut. Tajuknya 'A Question that Demands an Answer'. pengarangnya bernama Abd Al-Masih.

Soalan pertama berbunyi "What is eternal truth?" diikuti beberapa potong ayat quran. "Hmmm, menarik juga, sudah lama aku tak baca sumber ilmiah agama" detik hati I. Semakin asyik membaca baru I perasan yang buku ini mula membezakan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Isa a.s. Point-point pengarang ini seperti "Kenapa nama Mary(ibunda Nabi Isa) disebut lebih 34 kali dalam Quran sedangkan ibunda Rasulullah tak disebut langsung" dan juga "Nabi Isa dilahirkan oleh Virgin Mary with the power of God dan dilahirkan dengan penuh keistimewaan manakala Rasulullah dilahirkan seperti insan2 biasa tanpa apa-apa keistimewaan". Diselit juga potongan ayat Quran dan Bible accordingly sebagai dalil. Ada juga point Nabi Isa selalu menyebar ajaran tuhan secara peace tapi Rasulullah banyak terlibat dalam peperangan termasuk perang yg berakhir dengan baginda menawan Mekah.

Pada penutup pengarang bertanya soalan seperti "Siapakah lebih humble? Muhammad atau Isa? Siapakah utusan sebenar tuhan?"

Abang Ibnuzack kita boleh mengulas secara detail mengenai kisah2 Nabi dan sebagainya, namun pada post ini I ingin mengatakan bahawa isu sebenar bukan melalui characterizing prophets and comparing how they were born, and how they convey the One's messages. Sesungguhnya para Rasul Ulul Azmi(termasuk Nabi Isa dan Nabi Muhammad) boleh dikatakan diutuskan pada zaman2 berbeza, kepada kaum2 berbeza. Tahap kedegilan kaum juga berbeza, contoh arab Quraisy to an extend of planning to kill our beloved Rasulullah, membuatkan baginda dan para sahabat terpaksa mempertahankan diri dan juga agama Islam. Umat Islam juga mencintai Nabi Isa alayhissalaam tetapi juga mengakui Nabi Muhammad itu pesuruh terakhir Allah.

Membaca booklet tersebut I pada mulanya marah kerana rasa tertipu.. Namun begitu salah satu azam baru I adalah untuk tidak prejudis terhadap sesuatu dan cuba mengkaji kenapa sesuatu itu berlaku.. Kawan I suruh bakar saja booklet tu namun terdapat ayat2 suci quran didalamnya jadi I biarkan saja.


p/s:Imbas kembali kisah Rasulullah yg ditegur paderi yg mengikuti ajaran Christ asal apabila baginda berteduh di sebatang pokok semasa baginda masih muda. Paderi itu berkata "Kamulah pengutus Allah yang terakhir(sambil merujuk Kitab Suci Injil yang belum corrupted pada ketika itu)" Correct me if im wrong

2 comments:

iBNuZaCK said...

Sape die Abd Al-Masih @ Hamba Al-Masih ni?Name die pun dah masalah dah..

Betul ape yg anda kate brij.Situasi dan keadaan setiap umat rasul berbeza.Makanya method juga berbeza.Pada zaman Isa,umat yg menganut agaman tauhid amat kurang dan mereka tinggal dalam negara kufur.Pada zaman Nabi Muhammad,Nabi juga tidak berperang semasa 13 tahun berada di Mekah.Peperangan hanya bermula apabila Nabi berada di Madinah,itupun selepas ancaman Quraisy.Takkanlah Abd Al-Masih expect umat islam perlu berdiam diri walaupun diserang?

Dan apakah berdiam diri,membiarkan kezaliman ke atas diri sendiri,membiarkan umat menderita SEDANGKAN KITA BERKEMAMPUAN dikira sifat humble?

Bukan mengatakan Nabi isa tidak humble kerana umat islam pada zamannya tidak punya kemampuan.Negara sendiri pun tidak ada.Ini harus difaham.

Maryam disebut 34 kali dan Aminah tidak disebut.Apa signifikannya menggunakan dalil ini menunjukkan Isa lebih utama?Mengapa tidak dikira juga surah Muhammad, surah ke 47 dalam Al-Qur'an?

Kisah Maryam banyak tauladannya,bersangkutpaut dengan rasul-rasul sebelum,banyak dugaannya.Sementara kisah Aminah lebih simple,tidak terlalu banyak cubaannya.

Setiap Nabi punya keistimewaan,mukjizat,dan mukjizat terbesar Nabi Muhammad adalah Qur'an;sesuatu yg tiada manusia lain dapat.Nabi Musa mendapat Taurat,tetapi kandungannya tidak terpelihara,diseleweng.Sama dengan Nabi isa dan Kitab Injil.Apakah ini tidak mahu dikira sebagai KEISTIMEWAAN TERBESAR yang dapat dilihat hingga hari ini?

Tulisan Hamba al-Masih ini jelas,tujuannya meragukan umat Islam tentang kelebihan setiap Rasul.Dari satu segi,orang yang bersetuju akan merasakan Isa lebih utama.Dari sudut yang lain,orang yang tidak bersetuju pula akan mencari kelemahan Isa bagi menunjukkan Muhammad lebih utama.Ini perangkap.

Yang perlu kita pegang adalah setiap Rasul adalah maksum,semuanya gigih berjuang,method dakwah semuanya ada yang berbeza kerana situasi semasa,semuanya kekasih Tuhan,semuanya punya mukjizat dan keistimewaan tersendiri.

Lebih penting,semuanya kita imani..

Wallahua'lam..

p/s: Yaz,tlg send kat beta pamplet tuh.. :)

Brij@Yazz said...

thx for the extensive explanation rohing nanti bebile kau pass kat mung.