Thursday, July 31, 2008

kau ; yang tak gosok gigi.

Nasihat adalah putih gigi
samar dibalik dominasi kuning.


Hikmah ; ketulan tahi
berhimpitan dicelah bebatang rapuh.


Berdaki lelangit merah,
menyekat serat-serat ilmu
kau kunyah tak lumat-lumat.
Tunggu masa kau ludahkan,
sebati hijau kahak.


Ucapan dan nafas berpadu hembusan.
Busuk!
Zarah udara segan beiringan.
Aroma membunuh,
natijah daging kau lapah rakus,
tulang sahabat kau jilat sedut.


Bangga adalah seringaimu
yang hodoh mempamer bodoh,
enggan memberus gosok dosa noda
dari tiap tulang kecil kau aniayakan.


Kalaupun putih nanti kan bersinar,
pahat dalam minda ; banyak luka
kau ludah jadi bernanah , hingga
bernesankan parut.
Nanti pasti jadi zikir ungkitan,
hingga manis senyum kau gariskan,
pun tak layak menjemput maaf.


mar sofian
rumah ibu
1 0g0s 2008
12.01 pagi

Friday, February 1, 2008

Flight of Bumblee Bee

Maksim Mrvica rose to fame with his version of this song. But only few know that the song was composed in 1899 by Nikolai Rimsky-Korsakov.

Tadi i was surfing youtube and look what i've found. A rock version of the flight of the bumble bee!



And one should check out guitar legend Jose Feliciano's(who is actually blind) arrangement of the song too.

Friday, January 25, 2008

~cyclopia

Saya ada exam genetics lagi 2 hari.
Tgh2 study,terjumpa pulak satu penyakit ni.
Namanya Cyclopia.
Ingat tak pasal sonic hedgehog ? ( dari entry yang dulu2 )

Kalau berlaku kekacauan ( mutation ) dekat gene tu, korang tau tak apa yang boleh terjadi?

Sila skroll ke bawah...

























jeng jeng jeng!

Cyclopia : A congenital defect in which the two orbits merge to form a single cavity containing one eye.

Kalau rajin, cubalah 'wiki'kan disease tu. Korang akan jumpa Greek Myth yang berkaitan dgn Cyclopia jugak.

menarik. menarik . menarik.

Tuesday, January 22, 2008

Salar de Uyuni

Nobody has ever told me before that the largest salt flat is situated in Bolivia. More astounding is how beautiful 'Salar de Uyuni' looks when it is covered with water. Looks as though it's some kind of a heaven on earth or something. Now that i know, i definitely would add it into my list of 'places to go'.

Sunday, January 20, 2008

Emanuel Adeybayor(bukan ejaan nama sebenar)

Jejaka ini adalah idaman perempuan2 dan lelaki gay di seluruh pelusuk Togo. Di Malaysia pula kehenseman beliau hanya diakui dengan tak ikhlasnya oleh peminat2 fanatik Arsenal tempatan. Saiful Apek, Osman Kering mahupun Harun Salim Bachik boleh berbangga kerana sebenarnya ada orang yg lebih buruk daripada mereka.. The man himself is of course... Emanuel Adebayor(sori salah eja)

Tidak seperti manager kelab2 gergasi Eropah lain yg menggunakan taktik membeli permain established berkualiti dan mahal, Arsene Wenger(pengurus arsenal) telah bertindak meredah hutan belantara benua afrika(boleh dibanding dengan willy wonka mencari oompa loompa) untuk mendapatkan khidmat penari murah ini(perlu diingat adebayor lebih terer menari daripada bermain bola sepak. Bukti? clicksini ).

Kehebatannya terpamer pada kulitnya. Anda boleh mencuba membakar kulit anda sehitam-hitamnya, namun hitam Adebayor ini sukar dicari ganti. He is 'one of a kind and kind of the only one' bak kata uncle I yg bernama zafir.

Walaupun I support Arsenal namun I tak begitu selesa melihat seseorang(lebih spesifik dinamakan Adebayor) dibayar gaji pemain bola sepak sedangkan apa yang dia boleh buat hanyalah menari dan squandering open goals. Ya memang dia top-scorer arsenal tapi statistik 10 gol daripada 5000 peluang sangatlah mandul bagi seseorang striker di kelab besar.

Namun begitu beliau boleh berbangga. Jikalau kelab2 bolasepak tak perlukan khidmatnya, kelab Zouk masih menunggu...

Tuesday, January 15, 2008

nice try

Tadi I berjalan-jalan di kuching. Hendak dipendekkan cerita ada seorang mendekati I dan memberi sebuah booklet sambil berkata "Read this with open mind okay" sambil tersenyum ikhlas.. Oleh sebab dia tampak bersungguh-sungguh maka I pun mengambil booklet tersebut. Tajuknya 'A Question that Demands an Answer'. pengarangnya bernama Abd Al-Masih.

Soalan pertama berbunyi "What is eternal truth?" diikuti beberapa potong ayat quran. "Hmmm, menarik juga, sudah lama aku tak baca sumber ilmiah agama" detik hati I. Semakin asyik membaca baru I perasan yang buku ini mula membezakan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Isa a.s. Point-point pengarang ini seperti "Kenapa nama Mary(ibunda Nabi Isa) disebut lebih 34 kali dalam Quran sedangkan ibunda Rasulullah tak disebut langsung" dan juga "Nabi Isa dilahirkan oleh Virgin Mary with the power of God dan dilahirkan dengan penuh keistimewaan manakala Rasulullah dilahirkan seperti insan2 biasa tanpa apa-apa keistimewaan". Diselit juga potongan ayat Quran dan Bible accordingly sebagai dalil. Ada juga point Nabi Isa selalu menyebar ajaran tuhan secara peace tapi Rasulullah banyak terlibat dalam peperangan termasuk perang yg berakhir dengan baginda menawan Mekah.

Pada penutup pengarang bertanya soalan seperti "Siapakah lebih humble? Muhammad atau Isa? Siapakah utusan sebenar tuhan?"

Abang Ibnuzack kita boleh mengulas secara detail mengenai kisah2 Nabi dan sebagainya, namun pada post ini I ingin mengatakan bahawa isu sebenar bukan melalui characterizing prophets and comparing how they were born, and how they convey the One's messages. Sesungguhnya para Rasul Ulul Azmi(termasuk Nabi Isa dan Nabi Muhammad) boleh dikatakan diutuskan pada zaman2 berbeza, kepada kaum2 berbeza. Tahap kedegilan kaum juga berbeza, contoh arab Quraisy to an extend of planning to kill our beloved Rasulullah, membuatkan baginda dan para sahabat terpaksa mempertahankan diri dan juga agama Islam. Umat Islam juga mencintai Nabi Isa alayhissalaam tetapi juga mengakui Nabi Muhammad itu pesuruh terakhir Allah.

Membaca booklet tersebut I pada mulanya marah kerana rasa tertipu.. Namun begitu salah satu azam baru I adalah untuk tidak prejudis terhadap sesuatu dan cuba mengkaji kenapa sesuatu itu berlaku.. Kawan I suruh bakar saja booklet tu namun terdapat ayat2 suci quran didalamnya jadi I biarkan saja.


p/s:Imbas kembali kisah Rasulullah yg ditegur paderi yg mengikuti ajaran Christ asal apabila baginda berteduh di sebatang pokok semasa baginda masih muda. Paderi itu berkata "Kamulah pengutus Allah yang terakhir(sambil merujuk Kitab Suci Injil yang belum corrupted pada ketika itu)" Correct me if im wrong

Monday, January 14, 2008

Kampung Pun Boleh Mengundi..

Cuba masukkan ic ini:

820201115212

ke dalam laman web SPR:

Jawapan yang akan anda dapati adalah:

Perhatikan,gadis berusia 26 tahun ini bernama Kampung Mengabang Tengah dan dia mengundi di Kampung Mengabang Tengah,DUN Batu Buruk,Terengganu.

Untuk rekod,tiada lagi penduduk Kampung Mengabang Tengah tampil memberitahu tentang kewujudan seorang gadis berusia 26 tahun bernama Kampung Mengabang Tengah ini di Kampung Mengabang Tengah.

Siapa kata Kampung tidak layak turun mengundi?Haha..

~ Sonic Hedgehog

Sonic hedgehog. Selain nama satu karektor kartun, itu juga nama sejenis protein.

Pelik. Kenapa dinamakan macam tu. (Mereka dah kebuntuan nak menamakan protein ke .?)

Tapi, HUGO , HUman Genome Organization ( yang bertanggungjawab dalam hal-hal menguruskan pengkajian gene ) telah sepakat untuk meletakkan syarat2 dalam memberi nama gene atau protein dalam tubuh manusia. Nama seperti itu, sudah tidak dibenarkan...( Atas dasar lebih sopan kot? )

p/s : baru terbayang kalau ada protein Doraemon. Atau Kamen Rider.

Friday, January 11, 2008

Tension building up



Ke hadapan brothers and sisters sekalian.

Saya bukan ingin berkempen sempena pilihanraya tapi ini isu negara kita Malaysia. Kebanyakan pembaca blog ini terdiri daripada rakyat Malaysia dan saya ingin menunjukkan anda sesuatu.


Buat permulaan sila lihat profile insan ini..


Benda ini bukan baru. Saya pernah melalui beberapa website tahun lepas yang berunsurkan kebencian terhadap Malaysia. Point2 mereka adalah:

1)Penciplakan atau peniruan lagu2 rakyat seperti rasa sayang dan juga lagu kebangsaan Negaraku.
2)Islam Hadhari yang kononnya sesat dari segi syariah
3)Racism atau perkauman ditambah dgn isu HINDRAF dan lain2
4)Lain-lain yang saya pun malas nak baca sebenarnya haha




Webbies tersebut bernama:







U all tahu kan maling tu ape? Maling = Pencuri. Thus bringing up the meaning of Malaysians stealing all the cultures and technology(if there is any) from Indonesia.


Tak perlulah kita mengungkit kembali kisah Ganyang Malaysia yang dikepalai Encik Soekarno-Hatta 50 tahun dulu. Tak bawak kesan pun kalau mereka ganyang sekali lagi. Saya rasa Malaysians juga tidak ada masalah menjatuhkan negara jiran dengan pelbagai boikot dan konfrontasi. Cuma kelihatan kurang profesional in the sense of we're both muslim countries dan juga kita asalnya serumpun.
Tp juga saya nyatakan di sini bukan semua indonesia mempunyai idea yang sama. Ada yang faham bahawa plagarisme beraksi di merata dunia dan ada yang melampau seperti yang kita lihat dalam perfileman bollywood. Namun golongan yang tak paham2 ni masih meneruskan insults dan kata2 kesat terhadap Malaysia.
And the tension continues..

Tuesday, January 8, 2008

~ tentang liver ~

Pernah dengar myth tentang Prometheus, anak Tuhan Greek Zeus?
Dari apa yang Professor Physiology saya cerita dalam dewan kuliah tadi :
Promethues pernah curi API dari Zeus untuk diberi kepada manusia. Sebagai balasan, dia diikat diatas sebuah gunung. Dan seekor burung yang professor kurang pasti nama nya ( saya rasa burung hering @ vulture ) , akan datang setiap hari untuk makan liver Prometheus ( juga sebagai salah satu hukuman dari ayahnya sendiri ). Tapi liver dia sentiasa ada. Sebab liver boleh regenerate. Jadinya, setiap hari, si burung akan dapat makan bahagian liver yang fresh. Liver yang baru regenerate. Bukan sisa yang dia makan semalam. ( mesti burung tu bahagia. )

Tumpuan saya bukan pada burung hering itu . Bukan pada Prometheus yang hanya bercawat. Bukan juga pada API yang dia curi. Tapi pada kebijaksanaan cerita myth ini.

Sebab, sesungguhnya, memang liver BOLEH regenerate.

"The liver is among the few internal human organs capable of natural regeneration of lost tissue ; as little as 25% of remaining liver can regenerate into a whole liver again. " <--wikipedia

Saya ada belajar Latin sedikit. Tahun pertama dulu. Cuba baca yang ini pula. Juga dari Wikipedia.

"The ancient Greeks seem to have been aware of this, since the Greek word for the liver -- hêpar -- apparently derives from the verb hêpaomai, which means: mend, repair.
Hence hêpar roughly translates as, "repairable."

bijak..bijak...rupa-rupanya, disebalik dongeng ntah-hape-hape-ntah orang Greek ni, ada juga ilmu nya. bijak..bijak..

Professor juga ada paparkan satu poem yang menang hadiah Noble Literature pada tahun 1971.

Ode to the Liver


Modest, organized
friend, underground
worker, let me give you
the wings of my song, the thrust
of the air
the soaring of my ode;
it is born
of your invisible machinery,
it flies from your tireless
confined mill,
delicate powerful entrail,
ever alive and dark.
While the heart resounds and attracts
the music of the mandolin,
there, inside,
you filter and apportion,
you separate and divide,
you multiply and lubricate,
you raise and gather
the threads and the grams of life.
From you, I hope for justice;
I love life: Do not betray me!
Work on!
Do not arrest my song.

by Pablo Neruda

Pablo Neruda mmg sangat-sangat menghargai livernya.

Dia meninggal dunia pada 23 September 1973.. sebab Heart Failure..

Sunday, January 6, 2008

Check Henpon Kejap..

Bagaimana untuk tahu kualiti HandFon anda?


Caranya adalah dengan melihat nombor IMEA Hp.Taip *#06#

Kemudian akan tertera no siri 15 angka.Contoh:

478905008976548

Lihat digit yang ke 7 dan ke 8 (dalam no siri di atas,no ke 7 dan 8 adalah 00)

1. Jika ianya 00 maka kualitinya adalah yang terbaik dan ia dibuat di kilang asal.
2. Jika ianya 01 maka kualitinya adalah bagus dan ia dibuat di kilang Finland.
3. Jika ianya 08 maka kualitinya adalah boleh tahan dan ia dibuat di kilang Jerman.
4. Jika ianya 02 maka kualitinya adalah tidak baik dan ia dibuat di kilang Emirates.
5. Jika ianya 13 maka kualitinya adalah sangat buruk dan merbahaya untuk kesihatan.Ia dibuat di kilang Azerbaijan.

Tapi beberapa hari dulu saya pernah pakai hp kawan,model N95 (Harga 2000++).Bila saya check no sirinya,no ke 7 dan 8 adalah 24.

Saya tanya kawan saya.Dia jawab,ini Hp tiruan buatan China.Dia beli dengan harga RM400.

Lohhhh...

Petanda anda sedang mengamalkan diet menguruskan badan

OK face it issues of losing weight are far more significant than gaining weight, bcuz most people are getting fatter with time. Skinny guys like me dream of bulking up since the highskool years but thats not what im going to blog about today.



Considerate people like me don't only whine about our own plights, we are aware that all people have problems aswell. And one of the problems is definitely WEIGHT.

There are signs that you are on a fad diet.

1) You are filling the grocery cart with only one or two foods that you never really liked in the first place haha.

2)Small kids are eating food more than you do

3)The diet promises that you'll look like courtney cox, jenniffer aniston and other characters in 'Friends'(except for Joey) within two weeks!!!

4)Part of the diet is air

5)You're spending more time at the gym than asleep in bed at night

6)You're saving the 'obese jokes' until you're completely hott! A sigh of relief for the fat guys that could only last for a fortnight or whenever(depends on how long you can turn yourself thin)

Saturday, January 5, 2008

weiss und schwarz sheep. And the diff?


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.


Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

Pemuda : !!!!111

21 tahun

A year ago turning 20 left me fuming of not having any 'teen' word written on my age. My wish was to stay 19 forever and as u all might have guessed it wouldnt be fair if my wish was granted and yours weren't so here i am already aged 21 :)


Being 21 is not bad you know.

1)You can now vote for the general election. But wait, that's not just dat..
2)You can finally go clubbing legally
3)You can make fun of the younger guys, calling them immature and everything
4)Credit cards!! ha ha say hello world to the world of shopping!!

Thursday, January 3, 2008

Blank

Saya diminta menulis oleh Brij.Tetapi saya tiada idea.Maka saya menulis:





Ya,saya blank..



Sekian,selamat berkenalan..

Tuesday, January 1, 2008

Lebih alasan untuk anda tidur cukup



Ramai orang tidur lewat. Main permainan video dan lepak sehingga larut malam sudah menjadi perkara biasa(and of course i'm speaking for myself too). Mungkin kita semua fikir tidur adalah perkara remeh.

Disini juga saya akan menyenaraikan kebaikan mendapat tidur yang cukup:

1)Ia membuatkan anda lebih kurus! yes kajian menunjukkan orang yang tidur 5jam sehari mempunyai lebih banyak hormon ghrelin(hormon ini mendorong rasa lapar) berbanding orang yang tidur 8 jam sehari.

2)Ia membantu mencegah selsema. Tidur yang cukup menguatkan sistem imunisasi. Sekarang kamu semua sudah tentu tahu kenapa saya asyik selsema haha.

3)Kehidupan para remaja lebih teratur dgn tidur yang cukup. Depresi dan keyakinan diri lemah boleh dikaitkan dengan tidur yang kurang. Juga peluang remaja untuk mendekatkan diri dengan penyalahgunaan dadah dapat dikurangkan.

Ya saya mensasarkan 7 jam sehari untuk kegunaan tidur dan itu adalah azam tahun baru saya hehe. Akhir sekali,






Sayangilah hidup anda.
Give sleep a chance...