betul ke?
50% akan setuju.
25 % akan kata mungkin.
25% akan kata bukan ( sama ada kerana ego enggan mengaku atau sekadar berlawak )...
saya honestly rasa, ya.
dan saya rasa jugak,
KITA adalah cermin.
Kita cermin untuk sahabat. ( Pada siapa selalunya kita bertanya pendapat, tentang sesuatu perbuatan atau masalah , kalau bukan pada sahabat? )
ada tiga jenis cermin:
1) cermin yang berkilat-kilat. Sayangnya, cermin jenis ini, membuatkan imej yang terhasil nampak extra cun@cantik.
.jpg)
2) cermin yang berhabuk. Siap ada karat-karat melekat di permukaannya. Imej yang terhasil sangatlah menghampakan, sebab seakan-akan memburukkan rupa sebenar si objek.

3) Aha! cermin ini pujaan ramai. Digunakan oleh majoriti manusia, di bilik solek para penyanyi, mahupun di bilik persalinan Mark n Spencer... Cermin jenis ini, memantulkan imej sama seperti objeknya. Tidak exaggerate.

Sahabat yang baik adalah seperti cermin yang ke TIGA...: jujur memberi pendapat.
Bukan seperti cermin nombor DUA , yang mengutuk dan merendah-rendahkan.
Bukan pula seperti cermin nombor SATU, yang memuji dan mengipas-ngipas untuk mendapat habuan.
Korang plak...cermin jenis apa?